Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pesawat bawa 22 penumpang hilang di Nepal

    POKHARA, NEPAL, 29 MEI – Para penyelamat Nepal hari ini mencari di sebuah kawasan pedalaman rendah Himalaya menggunakan helikopter dan berjalan kaki selepas sebuah pesawat membawa 22 penumpang hilang.

    Pesawat Twin Otter dioperasikan oleh Tara Air berlepas dari bandar barat Pokhara ke Jomsom pada Ahad jam 9:55 pagi waktu tempatan, namun pengawal lalu lintas udara hilang kontak selepas 15 minit, kata syarikat penerbangan.

    Terdapat 19 penumpang di dalam pesawat dan tiga orang kru, jurucakap syarikat penerbangan, Sudarshan Bartaula memberitahu AFP. Para penumpang termasuk dua orang warga Jerman dan empat warga India, manakala selebihnya warga Nepal.

    Lokasi terakhir pesawat itu adalah di kawasan sekitar Ghorepani, sebuah kampung pada ketinggian 2,874 dari paras laut, menurut pihak berkuasa penerbangan.

    Pihak Berkuasa Aviasi Awam menambah, selain dua buah helikopter, kakitangan tentera, polis dan Persatuan Penyelamat Himalaya telah pun dikerahkan bagi operasi menyelamat di kawasan sekitarnya secara berjalan kaki.

    “Buat masa sekarang, kami tidak dapat mengatakan di mana sebenarnya pesawat dan dalam keadaan apa. Belum ada sebarang laporan atau maklumat daripada penduduk tempatan mengenai kebakaran besar atau sebarang petunjuk seumpamanya,” kata Dev Raj Subedi, jurucakap bagi Lapangan Terbang Pokhara.

    “Operasi menyelamat dihambat oleh cuaca buruk. Tiga buah helikopter telah kembali. Sebuah helikopter tentera kini sedang cuba sampai ke kawasan terbabit,” katanya memberitahu AFP, ketika malam mula menjelma di rantau tersebut.

    Industri pengangkutan udara Nepal mencatat kemajuan memberangsangkan dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, membawa barangan dan orang antara kawasan yang sukar dicapai selain membawa penjelajah dan pendaki gunung. Namun ia mempunyai rekod keselamatan yang teruk. – AFP

    Ahli keluarga dan sanak saudara penumpang pesawat Twin Otter yang hilang, menangis di luar lapangan terbang di Pokhara, 29 Mei. Pesawat membawa 22 penumpang itu hilang dan pegawai mengatakan cuaca buruk menghambat operasi pencarian mangsa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...