Pesawat bawa diplomat tinggalkan AS

MOSCOW, 2 Jan, Sebuah pesawat yang membawa 35 diplomat Rusia yang diusir dari Amerika Syarikat berikutan dengan dakwaan terhadap gangguan dalam pilihan raya presiden berlepas dari Washington kelmarin, agensi berita Rusia melaporkan.

“Pesawat itu berkira-kira untuk berlepas, kesemua mereka berada di dalam pesawat,” kata kedutaan Rusia di Washington, yang dipetik oleh agensi RIA Novosti milik negara.

Ahli keluarga para diplomat yang juga berada di dalam pesawat tersebut dan diterbangkan khas dari Rusia dianggarkan kira-kira 96 penumpang. Diplomat tersebut telah diusir berikutan dengan rancangan sebahagian daripada sekatan yang diperintahkan oleh Presiden Barack Obama pada hari Khamis dalam minggu-minggu terakhir pentadbirannya.

“Kami boleh mengesahkan bahawa 35 diplomat Rusia telah diisytiharkan persona non grata, bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga mereka, meninggalkan Amerika Syarikat,” kata jurucakap Jabatan Negara kepada AFP. Diplomat, digambarkan sebagai perisik berdasarkan di kedutaan Rusia di Washington dan konsulat di San Francisco, diberikan 72 jam pada Khamis untuk meninggalkan negara ini. – AFP