Pesawat domestik terima ancaman bom

MOSCOW, 5 MAC – Tiga buah pesawat penumpang Rusia yang terbang dalam laluan domestik hari ini telah disasarkan dengan ancaman bom semasa di udara, menurut media tempatan.

Beberapa mesej yang tidak diketahui telah dihantar ke bahagian khidmat kecemasan dan lapangan terbang Moscow yang memberi amaran pesawat-pesawat tersebut mengandungi bom, menurut agensi berita Rusia.

Sebuah pesawat terbang dari Saint Petersburg menuju bandar Simferopol, Crimean untuk penerbangan Rossiya, lapor agensi media berita Interfax.

Ancaman-ancaman itu turut menyasarkan pesawat Aeroflot yang terbang dari lapangan terbang Sheremetyevo, Moscow menuju barat laut bandar Syktyvkar dan bandar Omsk, Siberia.

Anak-anak kapal bersetuju untuk tidak berpatah balik, dan kemudiannya mendarat dengan selamat ke tempat destinasi, dan mereka tidak menjumpai sebarang bom di dalamnya.

Menurut jurucakap presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov, berkata agensi keselamatan sedang mencari dan mengenal pasti pelakunya.

“Kami berharap berjaya menangkap dan menghukum mereka mengikut undang-undang,” Peskov memberitahu wartawan.

Jurucakap untuk lapangan terbang Sheremetyevo enggan memberi komen kepada AFP mengenai ancaman bom dan menurut jurucakap Polis Pengangkutan Rusia berkata bahawa mereka tidak menyedari insiden tersebut.

Pada hari Selasa lalu, dua buah pesawat terbang ke Moscow dari bandar timur Vladivostok dan bandar Siberia, Novosibirsk, telah melakukan pendaratan cemas semasa dalam perjalanan disebabkan oleh ancaman bom.

Beberapa bulan-bulan kebelakangan, Rusia menyaksikan beberapa laporan palsu yang turut memaksa pengosongan pejabat-pejabat mahkamah, sekolah-sekolah dan gedung-gedung membeli belah.

Ancaman bom yang dilaporkan palsu telah dihantar ke beberapa buah bandar, dan menyasarkan bandar-bandar tertentu.

Pihak berkuasa masih gagal untuk mencari dalang di sebalik laporan palsu ini, yang mana turut mencetuskan panik ke atas orang awam.

Laporan-laporan palsu tersebut dikaitkan dengan skim peras ugut meminta mata wang maya, Bitcoin. – AFP