Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat, dron ditegah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Feb – Sebagai langkah-langkah keselamatan tambahan, Jabatan Penerbangan Awam mengisytiharkan ruang udara di seluruh Bandar Seri Begawan sebagai kawasan ruang udara terhad semasa dua acara utama Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke–34, tahun 2018 pada 24 dan 25 Februari di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34, tahun 2018 akan diadakan pada 24 Februari dan Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan pada 25 Februari.

    Dengan pengisytiharan ini, semua pesawat termasuk dron (pesawat udara kawalan jauh) ditegah daripada beroperasi di ruang udara tersebut kecuali pesawat yang mendapat kebenaran sahaja, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam.

    Kenyataan menekankan bahawa kegagalan mematuhi peraturan ini adalah menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam, 2006.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dalam perkara ini boleh berhubung terus dengan ketua Bahagian Regulatori, Jabatan Penerbangan Awam, di talian 2331065 atau 2330142 sambungan 1110 atau e-mel ke info.dca@civil-aviation.gov.bn.

    Jabatan Penerbangan Awam mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan pematuhan pengisytiharan ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda