Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pesawat India mendarat cemas di Pakistan

    NEW DELHI, 5 JULAI – Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi menuju ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi hari ini akibat masalah teknikal.

    Syarikat penerbangan SpiceJet memaklumkan pesawat B737 miliknya telah dilencongkan ke Karachi kerana masalah dengan lampu penunjuk pesawat.

    “Pesawat itu berjaya mendarat di Karachi dan penumpang dilaporkan dalam keadaan selamat,” menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

    “Pesawat gantian kini dihantar ke Karachi untuk membawa penumpang ke destinasi asal Dubai,” tambah kenyataan itu. Pada Sabtu, sebuah lagi pesawat milik SpiceJet melakukan pendaratan cemas di Delhi selepas asap dikesan di dalam kabin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...