Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat Iran terhempas ditemui

    TEHRAN, 20 Feb – Pasukan pencarian Iran, hari ini, menemui rangka pesawat yang terhempas dan hilang di pergunungan Zagros, membawa penumpang seramai 66 orang, kata seorang jurucakap.

    Penerbangan Aseman Airlines EP3704 hilang dalam banjaran Zagros pada hari Ahad, sekitar 45 minit selepas berlepas dari Tehran.

    Selepas dua hari salji dan kabus tebal, cuaca akhirnya semakin membaik hari ini, memudahkan pasukan helikopter bagi melakukan pencarian dengan lebih jelas.

    “Helikopter Pengawal Revolusioner pagi ini menemui rangka pesawat tersebut di pergunungan Dena,” kata jurucakap Ramezan Sharif kepada penyiar negeri itu, IRIB.

    Wartawan IRIB yang bercakap kepada salah seorang juruterbang berkata dia telah melihat “rangka pesawat yang bertaburan di sekeliling pesawat” dan ia terletak di kampung Noghol, sekitar 4,000 meter (13,000 kaki) gunung Dena.

    Para penyelamat ketika melakukan operasi mencari rangka pesawat Aseman Airlines EP3704 di pergunungan Zagros Iran. Pasukan pencarian Iran kelmarin menemui rangka pesawat yang terhempas dan hilang di pergunungan Zagros, membawa penumpang seramai 66 orang, kata seorang jurucakap. – AFP

    “Semenjak semalam, dron pengawal telah memulakan operasi pencarian dengan teliti dan mengenal pasti kawasan geografi di mana pesawat itu mungkin terhempas dan pagi ini dua helikopter tentera udara dihantar ke lokasi,” kata Sharif.

    Beberapa jentera mengatur kedudukan lebih awal pada puncak setinggi 4409 meter (14,465 kaki), di mana lebih daripada 100 orang pendaki juga telah membantu pencarian tersebut.

    “Semalam, beberapa orang yang tinggal di gunung dan melalui koordinasi dengan pemandu tempatan berjaya mencari semua rekahan,” kata Mansour Shishefuroosh, ketua pusat krisis serantau, kepada agensi berita ISNA.

    Kira-kira 500 imej yang diambil oleh dron sedang dianalisis semalam, katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda