Pesawat Israel serang Gaza

GAZA, 21 OGOS – Pesawat Israel melancarkan serangan balas ke atas Gaza sejak lewat semalam ketika usaha perdamaian sedang giat dilakukan bagi menamatkan perbalahan terbaharu.

Sebelum ini, roket yang dilancarkan terhadap Israel itu terjatuh di kawasan Palestin, menurut saksi dan sumber keselamatan Gaza.

Bagaimanapun, sumber daripada pihak Palestin melaporkan tiada sebarang kemalangan jiwa dan hanya berlaku kerosakan kecil selepas serbuan di Khan Yunis, selatan Gaza.

Serangan terbaharu itu berlaku susulan tembakan antikereta kebal oleh tentera Israel terhadap Hamas.

Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan serangan udara itu di Twitter.

“Tentera Udara kami menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan sebagai markas pembuatan peluru roket di Gaza,” menurut IDF.

“Hamas bertanggungjawab ke atas semua keganasan yang berlaku di Gaza,” tambahnya.

Israel mengebom Gaza hampir setiap malam sejak 6 Ogos lalu dan memperketatkan sekatan selama 13 tahun terhadap dua juta penduduk Gaza. – AFP