Pesawat ringan terhempas di Kingston

MOSCOW, 28 NOV – Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran bandar Kingston, Kanada dikhuatiri beberapa orang terbunuh, lapor agensi berita Sputnik memetik polis hari ini.

“Kami mengesahkan ramai yang mungkin maut. Misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” kata polis Kingston di Twitter. Nahas berlaku kelmarin petang membabitkan pesawat satu enjin PA-32R.

Menurut laporan media, pesawat malang tesebut terhempas di hutan di kawasan tanah tinggi di barat laut bandar itu.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban masih belum dapat dipastikan. Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada, pesawat itu didaftarkan di Amerika Syarikat dan berlepas dari Lapangan Terbang Buttonville di Toronto menuju ke Kingston. – Bernama