JAKARTA, 12 April – Sebuah pesawat dinaiki beberapa penumpang terputus hubungan hari ini di wilayah Papua, timur Indonesia dan operasi mencari sedang dijalankan, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia J.A. Barata.
“Kargo itu putus hubungan hari ini. Kini kami sedang memeriksa jumlah kru,” kata Barata kepada Xinhua menerusi telefon.
Marsudi, jurucakap pejabat penyelamat dan mencari kebangsaan berkata pesawat C208 Caravan sedang dalam perjalanannya ke Wajo dan Sentani.
Ia berlepas pada jam 2:45 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba pada jam 3:24 petang waktu tempatan, kata Marsudi.
“Pesawat itu menghantar mesej kecemasan S.O.S semasa dalam penerbangan itu,” ujarnya lagi.
“Misi pencarian dan menyelamat bagi pesawat berkenaan sedang dilancarkan, melibatkan sebuah pesawat dan kakitangan dari pejabat pencari dan penyelamat tempatan. Namun keadaan cuaca sepertinya tidak mengizinkan,” kata Marsudi. – Xinhua/Bernama