Pesawat Rusia mendarat cemas

MOSCOW, 9 FEB – Sebuah kapal terbang Rusia membuat pendaratan cemas di lapangan terbang wilayah di utara negara hari ini tetapi tidak ada sesiapa yang cedera serius, kata pegawai.

Sebuah pesawat Boeing Utair mendarat cemas di lapangan terbang Usinsk,” menurut pihak berkuasa di utara rantau Komi di mana terletaknya bandar tersebut.

Gambar online menunjukkan bahagian bawah kapal terbang Boeing itu tersembam di landasan terbang diliputi salji tatkala penumpang bergegas untuk keluar dari pesawat.

Tidak ada seorang daripada 94 penumpang atau anggota kru yang mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa tempatan, bagaimanapun menambah seorang wanita telah mendapatkan bantuan perubatan. Ia tidak berkata kenapa kapal terbang mendarat cemas tetapi pesawat udara jelasnya mempunyai masalah dengan peralatan pendaratan.

“Kapal terbang mendarat di bahagian ekor,” beritahu jurucakap kementerian kecemasan cawangan tempatan kepada AFP. Penumpang dan kru telah dipindahkan menerusi gelongsor kecemasan, kata beliau. – AFP