Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Pesawat tempur AS diterbangkan angin ribut

    ANKARA, 11 JULAI – Sebuah jet Super Hornet milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang berada di atas kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman diterbangkan angin ribut akibat cuaca buruk di Laut Mediterranean, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan tentera laut.

    “Seorang pegawai cedera ringan ketika menjalankan operasi dalam keadaan cuaca buruk.

    “Mangsa berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih sepenuhnya,” kata Komando Armada Keenam Tentera Laut AS dalam satu kenyataan merujuk insiden yang berlaku Jumaat lalu. Kapal pengangkut itu sedang menjalankan misi pengisian semula bekalan di laut, dan misi itu ditamatkan melalui prosedur seperti yang telah ditetapkan, menurut kenyataan itu.

    Butiran dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...