Pesawat terbabas, lapangan terbang Nepal ditutup

KATHMANDU, 12 JULAI – Satu-satunya lapangan terbang antarabangsa Nepal ditutup hari ini selepas sebuah kapal terbang terbabas di landasan terbang yang baru dibaiki, mencedera dua orang, kata pegawai.

Negara itu mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang lemah, syarikat penerbangan Nepal diharamkan di ruang udara Kesatuan Eropah, dan lapangan terbangnya amat sukar untuk membuat pendaratan.

Pesawat Yeti Airlines ATR 72-500 yang tiba di Kathmandu dari selatan Nepal dengan 66 penum-pang, terbabas kira-kira 15 meter ke kawasan rumput.

“Kumpulan kami sedang berusaha untuk memindahkan kapal terbang dan membuka semula lapangan terbang,” beritahu pengurus besar lapangan terbang Raj Kumar Chettri kepada AFP.

Chettri berkata pemindahan kapal terbang buatan Perancis-Itali mengambil masa yang lama disebabkan hujan lebat menjadikan kawasan itu berlumpur. – AFP