Pesawat tergelincir dari landasan

MANILA, 14 Mac – Sebuah pesawat dari Taiwan tergelincir dari landasan lapangan terbang di wilayah tengah Filipina di Aklan pada malam kelmarin, menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang menghentikan operasi selama lebih dari satu jam tatkala mereka memindahkan pesawat dari landasan tersebut.

Kesemua 122 penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina Eric Apolonio berkata kemalangan itu berlaku sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan ketika pesawat membuat giliran pendaratan ke terminal berkenaan. – Xinhua