Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat tergelincir dari landasan, semua penumpang selamat

    JAYAPURA, 9 SEPT – Sebuah pesawat yang membawa 48 orang tergelincir dari landasan di wilayah timur yang terpencil di Papua, Indonesia hari ini, kata polis, menyebabkan beberapa penumpang cedera.

    Kepulauan Asia Tenggara ini mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang teruk, dan Papua diliputi kawasan pergunungan, menyukarkan penerbangan akibat cuaca buruk yang sering berlaku.

    Pesawat ATR-42 milik Trigana Air itu sedang berlepas dari sebuah lapangan terbang di wilayah terpencil Kepulauan Yapen menuju ibu negara Papua, Jayapura pada pagi ini apabila ia tergelincir dari landasan.

    Penerbangan itu membawa 42 penumpang, termasuk seorang anak damit, dan enam anak kapal.

    “Alhamdulillah, semua orang terselamat dan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” kata ketua polis tempatan, Ardyan Ukie Hercahyo dalam satu kenyataan.

    “Kami sedang menyiasat kejadian itu dan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.”

    Agensi mencari dan menyelamat tempatan berkata dalam satu kenyataan beberapa penumpang cedera dan mengalami trauma akibat kejadian itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda