Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Pesawat terhempas, 4 kanak-kanak masih hidup selepas 17 hari

    BOGOTA, 18 MEI – Empat kanak-kanak Orang Asli, termasuk seorang anak damit berusia 11 bulan, telah ditemui hidup di hutan Amazon, Colombia selepas sebuah pesawat terhempas lebih dua minggu lalu, kata Presiden Gustavo Petro semalam, mengisytiharkan ‘kegembiraan untuk negara.’

    Petro berkata di Twitter kanak-kanak itu ditemui selepas ‘usaha pencarian yang sukar’ oleh tentera, yang masih belum mengesahkan usaha menyelamat itu.

    Lebih 100 askar telah dikerahkan dengan anjing pengesan untuk mencari kanak-kanak bawah umur yang dalam perjalanan dalam pesawat yang terhempas pada 1 Mei, menyebabkan tiga orang dewasa termasuk juruterbang dan ibu kanak-kanak itu maut.

    Pasukan penyelamat berkata mereka percaya kanak-kanak itu – yang selain anak damit berusia 11 bulan termasuk seorang kanak-kanak berusia 13, sembilan dan empat tahun merayau-rayau dalam hutan di bahagian selatan Caqueta sejak nahas itu.

    Petro tidak memberikan sebarang butiran di mana kanak-kanak itu telah diselamatkan atau bagaimana mereka hidup bersendirian di dalam hutan.

    Avianline Charters, pemilik pesawat yang terhempas, berkata salah seorang juruterbangnya di kawasan pencarian diberitahu kanak-kanak telah ditemui dan mereka ‘dibawa dengan bot ke hilir sungai dan kesemua mereka selamat.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -