Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat terhempas, 4 tentera Jepun maut

    TOKYO, 16 Mei – Empat tentera Jepun disahkan maut apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di pulau utara Hokkaido.

    Kementerian Pertahanan Jepun berkata, bangkai pesawat berkenaan dijumpai di pulau utara Hokkaido.

    Pesawat peninjau LR-2 itu dilaporkan hilang dari radar, semalam berhampiran lapangan terbang Hakodate. Difahamkan, pesawat itu dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit atas permintaan gabenor Hokkaido.

    Awal hari ini, sepasukan kru kecemasan dan tentera menemui serpihan pesawat berkenaan yang berselerak di kawasan pergunungan, dengan rakaman televisyen menunjukkan pokok patah.

    Rakaman menunjukkan kerangka rosak dengan bulatan merah menyerupai bendera Jepun dan digunakan sebagai simbol Pasukan Pertahanan Diri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda