Pesawat terhempas milik tentera AS

GHAZNI, 28 JAN – Pentagon mengesahkan pesawat yang terhempas semalam adalah jet tentera Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Tentera AS di Afghanistan, Kolonel Sonny Leggett mengesahkan mengenai nahas udara itu yang membabitkan pesawat Bombardier E-11A.

“Punca kejadian masih dalam siasatan namun, kami menolak kemungkinan ia berpunca daripada tembakan musuh,” katanya.

Sebelum ini, jurucakap Taliban memaklumkan sebuah pesawat terhempas dan tidak ada penumpang yang selamat.

Terdapat juga versi berbeza yang mengatakan mereka (Taliban) yang menyebabkan pesawat itu terhempas.

Laporan awal kejadian berkenaan menyebut bahawa nahas berkenaan membabitkan pesawat penumpang Ariana Afghan Airlines yang membawa 83 penumpang.

Namun, syarikat penerbangan berkenaan menafikan nahas berkenaan membabitkan pesawat kendalian mereka. – AFP