Pesawat TUDM bawa peralatan perubatan, kesihatan ke Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan membawa peralatan perubatan serta kesihatan ke Sabah dan Sarawak untuk kegunaan petugas barisan hadapan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat pengangkut A400M berlepas dari Pangkalan Udara Subang di sini pada 7 pagi dengan membawa barangan seperti spesimen klinikal tambahan dan keperluan peralatan perlindungan diri.

“TUDM turut membawa bekalan penutup hidung dan mulut sebanyak 19,000 keping yang disalurkan kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” menurut kenyataan itu. – Bernama