BANDAR MEXICO, 9 MEI – Sebuah pesawat jet yang berusaha mendarat di Bandar Mexico membatalkan rancangannya pada saat-saat terakhir untuk mengelak terlanggar sebuah kapal terbang yang bergerak perlahan-lahan di landasan kapal terbang, kata pegawai penerbangan semalam.
Video yang tular di media sosial menunjukkan perlanggaran yang hampir-hampir berlaku membabitkan dua jet Airbus milik syarikat penerbangan Mexico Volaris pada malam Sabtu di Lapangan Terbang Benito Juarez, lapangan paling sibuk di Latin Amerika.
Syarikat penerbangan tidak mendedahkan nombor penerbangan, model pesawat atau jumlah penumpang dalam kapal terbang.
“Disebabkan juruterbang yang berpengalaman, tiada penumpang atau kru yang terancam nyawa semasa insiden yang dilaporkan pada malam 7 Mei,” tulis CEO Volaris Enrique Beltranea di Twitter. – AFP