Peserta Big Stage meninggal dunia

Selepas kira-kira enam hari bertarung nyawa dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, penyanyi Sandra Dianne akhirnya meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

Wakil dari syarikat rakamannya, Veea Norman dalam satu kenyataan memberitahu, peserta Big Stage musim ketiga itu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Berita pemergian peserta Big Stage itu turut dikongsi oleh rakan-rakan artis dan penggiat seni.

“Saya ingin mengesahkan Sandra Dieanne meninggal dunia pada di Hospital Putrajaya pukul 1 pagi Jumaat.”

“Pihak keluarga memohon semua mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah silap,” ujar Veea Norman.

Sandra Dianne disahkan meninggal dunia selepas bertarung kira-kira enam hari bertarung nyawa dalam wad ICU setelah terlibat dalam kemalangan kereta. – Agensi

Jenazah akan dibawa pulang dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah.

Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau dikatakan mengalami kegagalan fungsi otak akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian pada 5 September lalu itu, kereta dipandu Sandra yang turut ditemani pengurusnya dikatakan hilang kawalan di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sesi latihan program Big Stage.

Akibat kemalangan tersebut Sandra ditempatkan di ICU dan keadaannya kritikal sehinggalah dia meninggal dunia pada Jumaat.

Dalam pada itu individu bersamanya dalam kereta ketika kemalangan dirawat di wad biasa hospital itu dan berada dalam keadaan stabil. – Agensi