Peserta Cabaran Alpha RBAF terima tajaan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Dalam usaha untuk terus memberi sokongan terhadap aktiviti menjurus ke arah kesihatan, Tele Directories (B) Sdn Bhd hari ini telah menyampaikan tajaan kepada 10 peserta yang akan menyertai Cabaran Alpha RBAF.

Hadir menyerahkan tajaan kepada Kumpulan Yellow Pages berupa keperluan perlumbaan itu ialah Pengarah Urusan Tele Directories (B) Sdn Bhd, James Lee. Majlis penyerahan tersebut berlangsung di ibu pejabat Tele Directories di Gadong.

Cabaran Alpha RBAF dianjurkan oleh D’Sunlit dan akan berlangsung di Pantai Tungku Ahad ini.

Pengarah Urusan Tele Directories (B) Sdn Bhd menyampaikan tajaan kepada peserta kumpulan Yellow Pages yang menyertai Cabaran Alpha RBAF.