Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Peserta EDPMMO ke-32 dalami isu ekonomi negara

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), hari ini, telah mengadakan Ministrial Talk bagi Program Pembangunan Eksekutif untuk Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-32 yang berlangsung di UNISSA.

Hadir selaku tetamu undangan bagi menyampaikan pembentangan bertajuk Economics Policies and Strategies Toward Achieving Brunei Vision 2035 ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

Pembentangan berkenaan bertujuan untuk memberikan maklumat terkini mengenai isu-isu ekonomi di Negara Brunei Darussalam dan cabaran yang terdapat di negara ini.

Dengan perkongsian itu, ia diharap akan dapat membuka minda para peserta untuk sama-sama membantu memajukan ekonomi negara bagi merealisasikan Wawasan Brunei
2035.

Turut hadir pada majlis itu ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr Awang Norfarizal bin Othman serta pegawai-pegawai eksekutif dan pegawai-pegawai utama UNISSA.

Program turut diisikan dengan sesi soal jawab di antara peserta dan Yang Berhormat Dato sebelum program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar ramai.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew ketika menyampaikan pembentangannya semasa Ministrial Talk di UNISSA, kelmarin.
Rektor UNISSA bersama para peserta EDPMMO ke-32 yang hadir semasa acara itu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -