Saturday, November 2, 2024
34.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta EDPSGO-30 beramal di SR NAR

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan ke-30 (EDPSGO-30) kelolaan Institut Perkhidmatan Awam (IPA), telah meneruskan Projek Jangkauan Masyarakat ke Kampung Menunggol, kelmarin.

    Projek kali ini memfokuskan ke Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid (SR NAR) di mana rombongan telah menyumbangkan barangan berupa peralatan untuk keperluan aktiviti kokurikulum kepada para pelajar sekolah berkenaan.

    Hadir menyerahkan sumbangan tersebut bagi pihak peserta EDPSGO-30 ialah Pengarah IPA, Dr Hajah Noor Maya binti Haji Mohd Salleh dan sumbangan diterima oleh Guru Besar SR NAR, Haji Awang Mohammad Suazmie bin Haji Awang Zulkifli.

    Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat peserta-peserta EDPSGO-30.

    Dalam projek itu, rombongan juga berkesempatan mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat di Kampung Menunggol bagi meninjau status Projek Jangkauan Masyarakat yang diusahakan oleh Kumpulan Infaq Ikhlas sebelum ini.

    Ini termasuk melihat persekitaran Taman Riadah Bukit Batu Bujang Pahang iaitu salah sebuah tempat di Kampung Menunggol yang menjadi tarikan kepada orang ramai khususnya para peminat aktiviti mendaki bukit.

    Dr Hajah Noor Maya menyerahkan sumbangan kepada Haji Awang Mohammad Suazmie pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Dr Hajah Noor Maya telah menyerahkan sumbangan kepada Guru Besar Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid Menunggol, Haji Awang Mohammad Suazmie di majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda