Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Peserta, hakim musabaqah terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Seramai 25 orang peserta Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah berserta hakim telah menerima sijil pada majlis yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan. Para peserta telah selesai memperdengarkan hafazan masing-masing dalam musabaqah yang diadakan selama dua hari hingga kelmarin.

    Majlis kelmarin juga disambung dengan dua orang lagi peserta memperdengarkan bacaan dalam kategori A. Majlis diteruskan lagi dengan tayangan rakaman para peserta memperde-ngarkan hafazan serta menguji pemahaman masing-masing di sepanjang musabaqah berlangsung sebelum penyampaian sijil kepada para peserta dan hakim Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah.

    Keputusan musabaqah akan diumumkan pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah yang akan diadakan pada bulan Ramadan ini.

    Musabaqah berkenaan merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bergambar ramai bersama para peserta dan hakim musabaqah tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...