Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta himpunan tabligh diseru jalani pemeriksaan

    PUTRAJAYA, 13 MAC – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memohon peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini supaya menjalani pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan berdekatan.

    Katanya perkara itu turut ditekankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum solat Jumaat hari ini, yang mahu semua pihak memberi kerjasama penuh dalam menangani penularan jangkitan COVID-19.

    “Pergilah ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

    Semalam, Zulkifli melalui satu kenyataan turut menggesa peserta perhimpunan itu supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah. Jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan itu menjadi tumpuan susulan laporan terdapat pesakit yang disahkan positif COVID-19 yang dikaitkan dengan acara berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda