Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta LiSuS maut disambar petir

    KUALA LUMPUR, 18 Okt – Seorang daripada peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) bagi acara futsal yang dipanah petir pada 13 Oktober lepas, meninggal dunia.

    Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan Faizal Alli dari Sabah telah disahkan meninggal dunia sekitar 11 pagi tadi.

    “Beliau yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) sejak petang 13 Oktober lepas (Sabtu), menghembuskan nafas terakhir sekitar 11.02 pagi, tadi ini.

    “KBS akan mengambil tindakan selanjutnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantaran pulang jenazah untuk dikebumikan di Tawau, Sabah.

    “KBS juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu, di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda