Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta maraton digesa lapor diri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Kementerian Kesihatan menyeru kesemua peserta yang telah menghadiri acara Borneo Ultra Trail Marathon untuk melaporkan diri di Unit Kesihatan Pelabuhan di kesemua pos kawalan termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan segera atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148.

    Kementerian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan lagi bahawa di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204), mereka dikehendaki untuk menjalani pengasingan diri (self-isolation) selama 14 hari apabila tiba di Negara Brunei Darussalam.

    Jika sabit kesalahan, denda sehingga $10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda