Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Peserta NIHONGO lawat sekolah Brunei

    Oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Kumpulan pertama seramai enam peserta Program NIHONGO Partners kini berada di Negara Brunei Darussalam bermula kelmarin hingga 25 September untuk membuat lawatan serta memberikan pendedahan Bahasa Jepun asas dan pertukaran budaya dengan pelajar-pelajar di negara ini.

    Kumpulan berkenaan yang disertai seorang pemimpin dari Japan Foundation telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru di Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Kiulap, hari ini.

    Sepanjang berada di negara ini, kumpulan berkenaan dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah kerajaan di Bandar Seri Begawan, Serasa dan Tutong serta mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah antarabangsa.

    Di samping itu, kumpulan berkenaan juga dijadualkan untuk mengadakan kolaborasi dengan Persatuan Persahabatan Brunei Jepun di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    Pada hari ini, kumpulan tersebut bersama pegawai dari Kedutaan Jepun telah mengadakan lawatan ke Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

    Antara pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menyertai aktiviti yang disediakan oleh NIHONGO Partners bertempat di Dewan Sukan ISB, baru-baru ini. Aktiviti menarik tersebut adalah untuk menonjolkan aspek budaya dan Bahasa Jepun. – Gambar serahan ISB
    TYT Maeda Toru bergambar ramai dengan peserta Program NIHONGO Partners yang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan dari 17 hingga 25 September. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Antara pelajar ISB yang menyertai aktiviti yang dianjurkan sempena lawatan tersebut. – Gambar serahan ISB

    Kedatangan mereka disambut oleh Pengetua Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Dominic Morley dan wakil sekolah yang lain.

    Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan di Bilik Lembaga ISB, sebelum diteruskan dengan tinjauan ke sekitar sekolah dan kemudahan yang ada.

    NIHONGO Partners turut mengadakan perkongsian dengan pelajar International Baccalaureate (IB) dan Key Stage 4 ISB, di mana mereka bercakap mengenai Jepun sebagai destinasi universiti dan kehidupan pelajar di negara tersebut.

    Di samping itu, pameran khas turut diadakan di Dewan Sukan ISB untuk pelajar Tahun 7, di mana NIHONGO Partners menyediakan pelbagai aktiviti yang menonjolkan aspek budaya dan Bahasa Jepun.

    Menerusi program berkenaan, warga Jepun sebagai peserta NIHONGO Partners, dihantar ke sekolah-sekolah menengah di Asia bagi menyokong pelajar-pelajar dan guru-guru Bahasa Jepun tempatan.

    Peserta ditugaskan untuk menyokong dalam aktiviti pendidikan guru-guru Bahasa Jepun tempatan dan juga untuk menyebarkan minat terhadap budaya serta Bahasa Jepun melalui aktiviti kebudayaan dan pembelajaran sokongan yang dikendalikan di dalam dan luar bilik darjah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...