Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Peserta program pengajian tahfiz Al-Quran diraikan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Daniel Lim

    BELAIT, 4 SEPT – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan Kuala Belait telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Program Pengajian Tahfiz Al-Quran Daerah Belait bagi Pengambilan Ketiga, pada hari ini, bertempat di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Akup bin Haji Lamat.

    Antara tujuan acara tersebut diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada peserta program yang berjaya menghafaz surah-surah Al-Quran mengikut sukatan yang telah ditetapkan, dan memupuk semangat peserta program agar ingin sentiasa lebih maju dalam hafazan Al-Quran.

    Program seumpamanya diharap akan dapat memberi ke-sedaran kepada golongan muda untuk tidak hanya mementingkan ilmu berkaitan duniawi sahaja tetapi juga ilmu ukhrawi, agar kehidupan seharian yang dikerjakan lebih bermakna sekali gus dapat melahirkan generasi Al-Quran.

    Awang Akup menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta program pada majlis berkenaan.
    Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait bergambar ramai dengan peserta program.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...