WASHINGTON, 13 OKT – Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) Johnson & Johnson berkata semalam ujian klinikal vaksin COVID-19 ditangguhkan sementara apabila seorang peserta dilaporkan sakit, lapor agensi berita Xinhua.
“Kami menghentikan sementara dos seterusnya dalam semua ujian klinikal vaksin percubaan COVID-19 termasuk percubaan fasa tiga,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Keadaan pesakit sedang dikaji dan dinilai oleh Lembaga Pemantau Keselamatan Data, katanya. Memandangkan banyak percubaan dikawal oleh plasebo, tidak jelas sama ada peserta menerima rawatan kajian atau plasebo, menurut syarikat itu.
Percubaan klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 Johnson & Johnson bermula pada 23 September. – Bernama