Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Peserta Salebration patuhi harga

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JPES

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Premis-premis perniagaan iaitu peserta Brunei Salebration (BSb) 2022 telah menjalankan aktiviti jualan selaras dengan Peraturan-peraturan Acara Harga Jualan Murah.

    Ini antara lain mempamerkan tanda harga sebelum dan selepas jualan, mempamerkan Notis Jualan dan memenuhi keperluan bagi penyediaan senarai harga sebelum dan selepas jualan untuk diperiksa.

    Manakala itu, pihak Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) pula mendapati satu unit daripada 15 unit alat sukatan dan timbangan yang digunakan bagi tujuan perniagaan, gagal mematuhi Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 iaitu menggunakan alat sukatan yang telah tamat tempoh pendaftaran.

    Notis penyitaan telah dikeluarkan ke atas syarikat berkenaan dan pemilik syarikat itu dikehendaki hadir ke pejabat Unit SDT dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja dari tarikh notis dikeluarkan.

    Dapatan itu merupakan hasil pemeriksaan bersepadu yang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna bersama Unit SDT, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang melibatkan premis-premis perniagaan di kawasan Kiulap, Daerah Brunei dan Muara pada 14 Januari lalu.

    Pegawai-pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan bersepadu di premis-premis perniagaan di kawasan Kiulap, Daerah Brunei dan Muara pada 14 Januari lalu.

    Pegawai-pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan bersepadu di premis-premis perniagaan di kawasan Kiulap, Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

    Pemeriksaan bersepadu yang dilaksanakan secara bulanan itu, bertujuan bagi memastikan kepatuhan terhadap Akta Kawalan Harga, Penggal 142 serta Peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151, yang masing-masing di bawah kawal seliaan JPES dan Unit SDT.

    Pemeriksaan bersepadu pada Januari 2023 memfokuskan kepada peserta-peserta acara jualan murah di peringkat kebangsaan iaitu BSb 2022 dalam memastikan peserta-peserta melaksanakan jualan secara beretika seperti tidak memperdayakan pengguna dengan tawaran yang tidak benar serta memastikan sebarang alat sukatan dan timbangan yang digunakan adalah sah dan berdaftar dari segi undang-undang.

    JPES menasihatkan para peniaga supaya sentiasa mematuhi Peraturan Acara Harga Jualan Murah di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dengan menjalankan aktiviti jualan murah secara beretika dan tidak memperdaya pengguna dengan penjimatan yang tidak benar seperti membuat kenyataan palsu mengenai harga diskaun.

    Peserta acara jualan murah juga dinasihatkan untuk sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa dengan membekalkan maklumat-maklumat mengenai jualan apabila pemeriksaan dilaksanakan di premis perniagaan.

    Sementara itu, Unit SDT menyarankan para peniaga dan pengguna untuk memastikan alat-alat sukatan dan timbangan yang digunakan semasa aktiviti jual beli yang melibatkan bacaan tanda berat, isi padu, ukur panjang dan lebar, alat-alat berkenaan mempunyai pelekat pendaf-taran yang mengandungi tempoh penggunaan yang sah yang dikeluarkan oleh Unit SDT.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi JPES melalui Talian Darussalam 123, aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau e-mel kepada aduanpengguna@jpes.gov.bn. Unit SDT boleh dihubungi melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...