Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pesta Babulang mungkin disambut kembali

    KUCHING, 6 FEB – Pesta Babulang yang disambut kaum Bisaya dan terkenal dengan acara lumba kerbaunya mungkin akan disambut kembali tahun ini selepas berehat selama dua tahun.

    Presiden Persatuan Bisaya Sarawak Joseph Blandoi bagaimanapun berkata pesta itu tertakluk kepada situasi terkini COVID-19.

    Beliau berkata majlis tertinggi persatuan itu dalam mesyuarat baru-baru ini telah menggariskan perayaan dan perlumbaan sebagai antara acara utama dalam kalendar aktiviti tahun ini.

    Menurut Joseph sejak pandemik dua tahun lepas, banyak aktiviti telah ditangguhkan atau dibatalkan termasuk sambutan ulang tahun persatuan itu yang ke-50 tahun lepas.

    “Kami mungkin terpaksa mengubah suai penganjuran festival kami tahun ini dengan beberapa acara akan diadakan sama ada secara fizikal atau maya atau secara hibrid.

    “Ini boleh dilakukan dengan teknologi. Beberapa acara yang merupakan acara lazim festival boleh dibahagikan dan diadakan sepanjang tahun.

    “Pilihan sebegini tidak mampu dielak bagi mengatasi kesesakan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...