Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Pasar Raya Supa Save kini menganjurkan Pesta Britain dengan mengetengahkan produk-produk dari United Kingdom (UK) yang akan berlangsung selama dua minggu di kesemua cawangannya.
Pengurus Pasar Raya Supa Save Mabohai, Ku Hon Khiong semasa ditemui pihak media menyatakan, Pesta Britain sering kali diadakan, sekali dalam setahun yang mana setiap tahun Pasar Raya Supa Save akan menampilkan beberapa produk baru.
Tahun ini, jelasnya, terdapat beberapa produk baru yang dijual seperti produk keju dan tenusu yang pelbagai jenis, produk makanan sihat dan organik seperti chia seeds, Spirulina, Quinoa dan banyak lagi.


Beliau menjelaskan lagi, lebih 30 jenis keju boleh didapati di Pasar Raya Supa Save cawangan Mabohai, Gadong dan Seria.
Di samping itu juga, tahun ini, produk barangan penjagaan diri seperti shower foam, cream dan lotion serta handwash dan bodywash dan banyak lagi juga boleh didapati pada harga yang berpatutan.
Beliau berharap dengan adanya jualan seperti ini akan dapat mengembangkan lagi kepelbagaian jenis produk yang ditawarkan dan dijual di Supa Save.