Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pesta Buku Brunei pupuk budaya amalan membaca

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Bagi memupuk kesedaran awam untuk membudayakan amalan membaca serta mencintai dan mendaulatkan Bahasa Melayu, Pesta Buku Brunei (PBB) 2022 kini kembali dengan membawakan tema ‘Mari Membaca’ yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula 22 Julai lalu.

    Meskipun sudah memasuki hari keempat, PBB 2022 masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung terutama rombongan daripada pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara bagi mendapatkan buku-buku yang dihajati dengan harga yang berpatutan.

    Semasa tinjauan media ke pesta tersebut, rata-rata rombongan pelajar yang datang ke pesta ini seawal usia enam tahun ke atas, yang begitu teruja dan gembira bukan saja untuk mendapatkan buku-buku pilihan mereka malah teruja melihat ruangan taman tema yang memaparkan ilustrasi buku-buku cerita rakyat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    PBB 2022 yang diadakan sempena Bulan Bahasa yang berlangsung sehingga 31 Julai ini turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti peraduan mewarna, mari bercerita, persembahan pentas, bengkel, kuiz dan sebagainya selain jualan buku.

    Pada 26 Julai, antara aktiviti yang akan diadakan seperti tayangan video dan kuiz cerita bergambar mengenai sejarah Brunei dan turut diisikan dengan perbincangan buku-buku terbitan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), bengkel galakan budaya membaca dan badundang bersama padundang bersaudara.

    Pada tahun ini, lebih 20 pembekal buku termasuk agensi kerajaan, kedai buku tempatan termasuk dari Kesultanan Oman dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai PBB kali ini. PBB 2022 ini dibuka untuk kunjungan orang ramai dari pukul 8:30 pagi hingga 10 malam manakala pada hari Jumaat dari pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung pada sebelah petang dari pukul 2 petang hingga 10 malam.

    PBB 2022 anjuran DBP dibanjiri oleh rombongan pelajar dari sekolah-sekolah di seluruh negara.

    Murid-murid tidak melepaskan peluang bergambar di pesta buku tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...