Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pesta CyberShop kembali lagi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Pesta CyberShop anjuran Pihak Berkuasa Industri Teknologi infokomunikasi Brunei Darussalam (AITI) kembali lagi tahun ini dengan sedikit kelainan.

    Pesta CyberShop yang akan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 itu menawarkan pelanggan dengan pengalaman membeli-belah secara maya oleh vendor eKadaiBrunei.

    Menurut kenyataan AITI, pesta beli-belah secara maya itu dijalankan dengan kerjasama Festival Beli-belah Brunei anjuran AdXpert Marketing.

    Bermula esok, selama tiga hari, pesta berkenaan akan memberi peluang kepada vendor yang mengambil bahagian untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, serta berinteraksi dengan pelanggan secara langsung melalui platform maya.

    Antara vendor eKadaiBrunei yang menyertai pada tahun ini ialah Weelago, Beastmode, Covered by Anissa, Dream Makers Enterprise, Kitsune Trading, Anggun Tropika, Naindah, Wecare Online dan Mumtaz Collection.

    Pengalaman e-dagang secara maya ini adalah sebahagian daripada inisiatif AITI untuk terus menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan perniagaan tempatan, bagi menyokong objektif strategik Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 dan Pelan Strategik AITI 2020-2025.

    Kenyataan menjelaskan, eKadaiBrunei.bn ialah direktori dalam talian yang menampilkan platform edagang tempatan, perkhidmatan penghantaran dan logistik, dan 1 Kampung 1 Produk (1K1P) dengan objektif untuk meluaskan jangkauan pasaran mereka dalam talian.

    Inisiatif AITI itu, disokong oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Darussalam Enterprise (DARe), ditubuhkan sebagai tindak balas kepada sekatan COVID-19 sambil memastikan aktiviti perniagaan tempatan kekal tidak terjejas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...