Pesta pendidikan Findlay bermula 25 Januari
Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Dalam usaha membantu pelajar lepasan Peringkat ‘A‘ membuat pilihan bagi melanjutkan pengajian mereka, Findlay akan menganjurkan Pesta Pendidikan secara maya bermula 25 hingga 27 Januari ini. Findlay dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan bahawa pesta pendidikan tersebut akan disertai oleh 38 wakil institusi pengajian





























