Pesta pendidikan UK secara dalam talian

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Findlay (B) Sdn Bhd akan mengadakan Pameran Pendidikan UK secara dalam talian selama tiga hari pada minggu hadapan untuk pelajar-pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingom.

Perwakilan dari lapan buah institusi di United Kingdom (UK) akan terlibat untuk membincangkan pilihan pengajian untuk pelajar bagi kemasukan daripada 2020-2022, menurut kenyataan yang dikeluarkan Findlay di sini.

Antara universiti-universiti yang akan mengikuti pesta pendidikan berkenaan ialah University Birmingham City, De Montfort University, University of Hertfordshire, London South Bank University dan Northumbria University.

Universiti-universiti tersebut menawarkan mata pelajaran dalam pelbagai bidang dan mempunyai syarat kemasukan yang berbeza-beza. Pada pameran tersebut, pelajar berpeluang berinteraksi dengan perwakilan universiti yang turut turut menawarkan biasiswa dan potongan diskaun pada kadar yang berbeza.

Bagi menempah perjanjian pada pameran pendidikan tersebut, pelajar-pelajar perlu membuat pra pendaftaran melalui pautan yang diberikan oleh Findlay. Setelah perjanjian telah disahkan, satu pautan akan dihantar kepada pelajar untuk digunakan semasa hari perjanjian tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Findlay atau mengunjungi laman sosial media mereka.