Pesta Pengguna kembali lagi

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Pesta Pengguna anjuran Syarikat D’Sunlit Sdn Bhd yang ditunggu-tunggu kembali lagi dengan edisi ke-23 pada penghujung Jun ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Sehubungan itu, majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) bersama 14 buah syarikat tempatan selaku rakan kongsi dan rakan aktiviti Pesta Pengguna telah diadakan di D’Sunlit Sdn Bhd Perindustrian Beribi, hari ini.

Hadir pada majlis tersebut ialah para perwakilan rakan kongsi dan rakan aktiviti Pesta Pengguna.

Menandatangani MoU bagi pihak D’Sunlit Sdn Bhd ialah Pengurusnya, Dato Haji Danial bin Haji Hanafiah dan disaksikan oleh Pengurus Operasi, Ngu Tiing Siang.

Pada majlis itu, Brunei Press Sdn Bhd yang diwakili oleh Pemangku Pengurus Besar, Hazizah Osman menandatangani MoU selaku rakan media sepanjang pesta tersebut dan disaksikan oleh Pengurus Kanan Kewangan dan Operasi, Suzie Houng.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penandatanganan bersama wakil daripada Bank Islam Brunei Darussalam, DST Communication, Kristal Media, Oregon Systems, Aewon Garment & Embroidery Sdn Bhd, IBIC Sdn Bhd, Cuckoo International, Gintel (B) Sdn Bhd, Olive Tree Corporation Sdn Bhd, Kindy Kare International dan Dart Brunei.

Menurut kenyataan D’Sunlit Sdn Bhd, Pesta Pengguna tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik di samping pesta promosi Thailand Grand Fair, Taiwan Fair dan jualan mainan terbesar di Negara Brunei Darussalam.

Antara yang hadir bagi menandatangani MoU rakan kongsi Pesta Pengguna ke-23, kelmarin.
Penandatanganan MoU antara D’Sunlit Sdn Bhd (kiri) dan rakan media cetak dan digital eksklusif, Brunei Press Sdn Bhd. – Gambar oleh Bahyiah Bakir