Pesta Rakit Klasik meriah

KUALA BELAIT, 2007 – Lebih 50 pasukan yang mewakili Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad, Syarikat Brunei LNG, Syarikat Kontraktor BSP dan BLNG, syarikat swasta dan jabatan kerajaan di daerah ini telah menyertai Pesta Rakit Klasik yang diadakan di Sungai Belait.

Pesta Rakit Klasik ini mencabar para peserta dalam menggunakan kepandaian dan kemahiran mekanikal membina rakit dan mengemudikannya yang dianjurkan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-61 peringkat Daerah Belait.

Yang lebih menarik lagi dalam acara ini ialah pasukan yang mengambil bahagian telah membina rakit daripada bermacam-macam benda termasuk botol kosong, tong minyak, bulu dan kayu balak.

Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu rakit yang menggunakan kuasa injak-injak (pedal), rakit menggunakan pengayuh, rakit menggunakan pengayuh dan angin. Pasukan yang penuh iltizam, pasukan wanita terbaik, rakit paling inovatif, rakit ‘Gempar’ yang menjadi kegemaran, pasukan paling bergaya (pakaian terbaik) dan pengayuh babal (poofter’s paddle). Hadir untuk merasmikan Pesta Rakit Klasik 2007 ialah Pegawai Daerah Belait Haji Mohamad Haji Abd Rahman (ketika itu) yang kemudian menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Selain acara rakit itu para pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai acara sam-pingan seperti gelongsor air ‘bouncey castle’ dan peraduan mencari barang-barang tersembunyi yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Di samping sebagai hiburan, acara juga bertujuan untuk mencungkil kemahiran, kreativiti dan stamina para peserta dalam membina rakit serta menyemai sikap bekerjasama dalam satu pasukan.