Pesta Sukan UTB labuh tirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Pesta Sukan Universiti Teknologi Brunei (UTB) 2019 anjuran Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Sukan, Majlis Perwakilan Pelajar UTB yang berlangsung dari 14 September telah melabuh tirainya kelmarin.

Hadir sebagai tetamu kehormat pesta sukan ke-5 UTB yang berlangsung di Kompleks Sukan Padang dan Balapan, Berakas hari ini ialah Pemangku Naib Canselor UTB, Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib.

Penolong Naib Canselor (Akademik) UTB, Dr Hajah Noor Maya binti Haji Mohd Salleh telah menyampaikan pingat kepada pemenang setiap kategori dan piala kemenangan kepada Pasukan CrtiV sebagai pemenang keseluruhan.

Majlis penutupan acara sukan dwitahunan berkenaan juga menyaksikan beberapa acara diadakan bagi memeriahkan majlis penutup seperti tarik kalat dan persembahan padang oleh setiap pasukan.

Pesta Sukan UTB disertai oleh kakitangan dan pelajar UTB yang bersaing dalam 11 acara sukan termasuk ragbi, bola keranjang, dodgeball, Frisbee, e-Sukan, futsal, bola jaring, badminton, bola tampar, tarik kalat serta acara padang dan balapan.

Dr Hajah Noor Maya menyampaikan piala kemenangan kepada Pasukan CrtiV selaku juara keseluruhan.