Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    PESTABARU anjur Piala NBT 2017

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala NBT 2017 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kali ke-7 tahun 2017 pada 14 April ini nanti. Perkara itu antara yang ditegaskan oleh Setiausaha Pertandingan PESTABARU, Haji Zaman bin Haji Samat ketika dihubungi mengenai perkembangan terkini Piala NBT setelah kejayaan kejohanan yang ke-6 kali pada tahun lepas.

    Menurutnya penyertaan masih dibuka sehingga 8 April nanti dan Mesyuarat Pengurus-Pengurus akan diadakan pada 9 April 2017, akan diteruskan dengan sesi undian perlawanan dan dijangka berlangsung di Bilik PESTABARU di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

    Ketika mengulas mengenai penganjuran itu, beliau menegaskan rasa berbesar hati dengan sokongan dan penyertaan setakat ini serta penyertaan semakin tahun semakin menggalakkan, tambahnya.

    “Alhamdulillah penyertaan sangatlah mengalakkan dan apa yang saya suka adalah lebih banyak persatuan dan kelab yang menampilkan pasukan belia, ini membuktikan keprihatinan kelab dan persatuan utnuk mengembangkan lagi sukan takraw yang menjadi salah satu sukan tradisi di kepulauan Melayu di rantau ini,” ujarnya.

    “Saya berpendapat kejohanan kali ini akan menampilkan lebih banyak pasukan yang benar-benar akan memberikan cabaran yang sengit,” ujarnya lagi.

    Beliau turut menyatakan harapan supaya kejohanan kali ini akan menampilkan regu remaja yang lebih hebat dan berjuang untuk mengalahkan regu-regu yang sudah berpengalaman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda