Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah besar baharu angkat sumpah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu.

    Berangkat sama ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

    Majlis dimulakan dengan pembacaan surat perintah lantikan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin.

    Ia diikuti dengan upacara meng-angkat sumpah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia oleh Yang Arif Awang Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Haji Kefli sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Besar bagi tempoh dua tahun.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim; Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon; Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar dan Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan
    Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-undang) di JPM, Dato Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu di Istana Nurul Iman, kelmarin. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada Majlis Mengangkat Sumpah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
    Baginda Sultan berkenan mengurniakan surat perintah lantikan kepada Yang Arif Awang Muhammed Faisal pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...