Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya Malaysia lawat ladang IAM Food

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – IAM Food telah meraikan ulang tahun pertamanya pada Mac 2022 di tapak rintis 2 hektar di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku (KKP), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato Raja Reza Raja Zaib Shah.

    Ladang itu menghasilkan sayur-sayuran tempatan, cili, herba, tilapia, madu kelulut dan tembikai secara komersial menggunakan kaedah penanaman hidroponik, fertigasi serta penanaman luar dan semula jadi.

    Syarikat berkenaan bekerja rapat dengan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan IAM Food terus meneroka kaedah-kaedah pertanian baharu yang dapat menjadikan pertanian lebih mampan serta membantu sektor berkenaan mencapai matlamat pengeluarannya.

    Kaedah-kaedah yang digunakan termasuk automasi sebahagian proses menerusi aplikasi Internet of Things (IoT).

    Pengarah ladang berkenaan, Ellin Chong berkata bahawa adalah amat penting bagi syarikatnya untuk memastikan apa juga teknologi yang dimanfaatkan dan digunakan di ladang itu relevan, praktikal dan efektif.

    Oleh itu, tambahnya, setiap keputusan yang dibuat adalah untuk menjadikan kerja peladang mereka lebih muda dan lebih berpengetahuan, menggalakkan sebuah budaya berkongsi ilmu pengetahuan serta mengukuhkan hubungan kepercayaan di antara peladang dan pengguna.

    TYT Dato Raja Reza semasa membuat lawatan ke ladang IAM Food di KKP Tungku.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...