Thursday, November 30, 2023
31.3 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya polis terima anugerah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, kelmarin, telah menerima anugerah Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) Kehormat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 berkenan menganugerahkan darjah kebesaran berkenaan pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (PKP) yang telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur Malaysia pada 31 Oktober.

    Penganugerahan darjah tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam memperkukuh hubungan erat dan usaha mempertingkatkan lagi kerjasama kepolisan antara kedua-dua buah negara.

    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...