Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia adakan lawatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, telah mengadakan lawatan ke tiga lokasi Aewon Brunei di negara pada hari ini.

    Ketibaan TYT Dato’ Raja Reza di ibu pejabat dan bilik pameran Aewon di Kiarong telah dialu-alukan oleh Lau. Majlis diteruskan dengan acara memotong reben dan penandatanganan plak sempena pelancaran semula bilik pameran Aewon di Kiarong serta pelancaran Aewon Axotiq Creations. Sejurus pelancaran tersebut, Tuan Yang Terutama menyaksikan pertunjukan slide mengenai Aewon Brunei dan seterusnya mengadakan lawatan sekitar bilik pameran dan pejabat.

    Terdahulu itu, Tuan Yang Terutama telah mengadakan lawatan ke bilik pameran PPE Megastore di Jangsak dan kilang Aewon Garment & Embroidery di Ban 5. Semasa lawatan di kilang berkenaan, beliau berpeluang melihat lebih dekat lagi operasi di bahagian pemotongan, percetakan, jahitan, sulaman, sublimation pressing dan proses terakhir di bahagian bungkusan.

    TYT Dato’ Raja Reza semasa mengadakan lawatan ke salah sebuah lokasi Aewon. – Gambar Serahan Aewon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...