Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia lawat Cityneon Displays & Construction

    Oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Cityneon Displays & Construction Sdn Bhd, hari ini, menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, memberi peluang untuk mengetahui sejarah dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat tersebut.

    Hadir mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama ialah Pengarah Urusan Cityneon Displays & Construction Sdn Bhd, Dato Ting Jack Chai.

    Dato Ting Jack Chai mengongsikan bahawa Cityneon telah ditubuhkan pada 1989 sebagai sebuah syarikat kecil yang menerima kontrak-kontrak pameran dan 30 tahun kemudian menjadi salah sebuah syarikat utama dalam bidang pameran dan acara serta terkenal bagi perkhidmatan rekaan dan pembinaan di negara ini.

    Semasa lawatan itu, Tuan Yang Terutama dibawa meninjau kemudahan Cityneon serta melihat lebih dekat kerja-kerja yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

    Dato Ting Jack Chai semasa menyampaikan tanda penghargaan kepada TYT Dato’ Raja Reza. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda