Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia lawat Goldmyne

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Goldmyne Hardware

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Perdagangan keseluruhan antara Brunei dan Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan yang positif serta dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun 2022 ini.

    Sehubungan itu, dalam usaha untuk menyaksikan dan mengenali pengusaha-pengusaha Malaysia yang mengendalikan perniagaan di Brunei, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah mengadakan lawatan ke Syarikat Goldmyne Hardware Sdn Bhd, hari ini.

    Turut mengiringi pesuruhjaya tinggi Malaysia semasa lawatan berkenaan ialah Kaunselor Menteri, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Khairul Azam Bani dan Penasihat Pertahanan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Kolonel Kamarudzaman bin Mohd Thani.

    Semasa lawatan berkenaan, TYT Dato’ Raja Reza berpeluang untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Pengarah Urusan Goldmyne Hardware Sdn Bhd, Dato Seri Lau Kung Ching.

    Beliau bersama rombongan juga diberikan penerangan dan seterusnya dibawa melawat ke cawangan-cawangan syarikat berkenaan.

    Syarikat Goldmyne Hardware Sdn Bhd ditubuhkan pada 1993 dengan matlamat untuk menjual dan membekalkan barangan binaan bagi projek-projek pembinaan persendirian dan kerajaan.

    ATAS & BAWAH: TYT Dato’ Raja Reza dan Dato Seri Lau Kung Ching (kiri) serta rombongan ketika mengadakan lawatan ke Syarikat Goldmyne Hardware Sdn Bhd yang diselajurkan dengan bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...