Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pesuruhjaya Tinggi Pakistan adakan kunjungan hormat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani.

    Menurut kenyataan dari Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, pertemuan yang diadakan di Bangunan Dewan Majlis di jabatan berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.

    Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menyentuh mengenai bebe-rapa isu semasa yang menjadi keperihatinan bersama.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN menzahirkan rasa simpati terhadap bencana banjir yang berlaku di Republik Islam Pakistan baru-baru ini.

    Pada masa yang sama, Tuan Yang Terutama juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang disalurkan oleh Negara Brunei Darussalam melalui Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022.

    Perbincangan juga menyentuh mengenai hal-hal yang mempunyai kepentingan bersama seperti dalam bidang perdagangan, pelancongan dan penerbangan.

    Kedua-dua belah pihak berharap dengan hubungan kerjasama yang terjalin sejak sekian lama akan sentiasa berkembang dan dapat diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dalam bidang-bidang yang sedia ada dan yang akan datang.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN semasa berbincang dengan TYT Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani ketika kunjungan hormat di Bangunan Dewan Majlis. – Gambar serahan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...