Petanda kawan rapat mula melupakan anda

SESUAI dengan usia yang kian menginjak, kita akan mula perasan tentang datang dan pergi individu yang digelar sahabat. Kawan adalah individu yang tahu siapa kita, tempat menyimpan segala rahsia, luahan perasaan dan berkongsi pelbagai suka dan duka. Ada yang kita kenal melalui zaman persekolahan atau alam pekerjaan. Siapa sahaja kita boleh berkawan dan tiada batasnya.

Pasti ada di antara kita pasti merasai perpisahan yang tiba-tiba sahaja berlaku dengan sahabat masing-masing. Tiada hujan atau ribut anda langsung tidak dengar khabar berita dari dia lagi. Sehingga mula timbul rasa sangsi ‘kenapa agaknya dia sudah tidak mahu berkawan dengan aku?’

Di sini dikongsikan tanda-tanda kawan anda mula menjauhkan diri anda:

1.Tiada perasaan ingin tahu

Perlahan-lahan anda mula perasan tiada lagi WhatsApp bertanya khabar atau menelefon ketika berada di kampung. Malah apabila pulang bercuti langsung tidak diberitahu, umpama takut untuk ajak berjumpa. Jika ada anda contact seperti ingin tahu perkembangan mereka, kadang diendah sahaja soalan itu.

2.Berhubung melalui media sosial

Kesemuanya berada dalam laman Instagram, Facebook atau Twitter! Dia mula hanya menghantar likes dan Dm sebagai tanda ‘perhatian’. Selebih dari itu tiada apa-apa pun.

3.Ada kawan baharu

Kalau sudah tidak dapat bertemu dengan anda, pasti boleh dengan orang lain. Nampaknya dia lebih selesa dengan kawan baharu berbanding dengan kawan yang dikenali berbelas tahun. Dari sini ada boleh lihat prespektif baharu dia dalam memilih kawan. Siapalah kita bukan?

4.Seribu satu alasan

Mungkin anda cuba positif untuk ajak berjumpa dan keluar lepak seperti biasa. Bila dia mula guna alasan ‘tapi’, ‘sibuk’, ‘tiada duit’ atau pelbagai lagi pancaroba, anda sudah boleh berhenti. Paling menyedihkan apabila anda berusaha untuk berjumpa tapi esoknya dia boleh keluar dengan kawan lain. Sedih!

5.Majlis penting pun tidak datang!

Jika anda sudah berkawan lebih dari lima atau 10 tahun, pasti pada hari-hari penting, anda mahu mereka yang cukup sinonim dengan hidup anda, hadir pada hari tersebut. Berita anda memberitahu mereka setahun lebih awal, tapi ketika saat akhir anda akan terima mesej dia tidak dapat hadir. Mudah untuk dilakukan sebegitu. Ini maksudnya dia langsung tidak peduli tentang hari penting anda dan diri anda lagi.

Kita tidak boleh paksa orang untuk kekal bersama dengan kita. Apa yang kita boleh buat biarkan dia dengan kehidupannya. Harap sahaja dia jumpa pengganti kawan yang lebih baik dari kita. Lagipun kita tidak rugi apa pun jika tak berkawan dengan manusia seperti ini. – Agensi

Kalau sudah tidak dapat bertemu dengan anda, pasti boleh dengan orang lain. Nampaknya dia lebih selesa dengan kawan baharu berbanding dengan kawan yang dikenali berbelas tahun. Dari sini ada boleh lihat prespektif baharu dia dalam memilih kawan. – Gambar hiasan
Jika anda sudah berkawan lebih dari lima atau 10 tahun, pasti pada hari-hari penting, anda mahu mereka yang cukup sinonim dengan hidup anda, hadir pada hari tersebut. Berita anda memberitahu mereka setahun lebih awal, tapi ketika saat akhir anda akan terima mesej dia tidak dapat hadir. Ini maksudnya dia langsung tidak peduli tentang hari penting anda dan diri anda lagi. – Gambar hiasan