Petani bunga matahari Turki berdepan musim kemarau teruk

ISTANBUL – Sedat Kacar, seorang petani berasal dari Turki dari wilayah Edirne, berasa berat hati ketika sibuk dengan penuaian bunga matahari di ladangnya di bahagian barat laut sempadan Turki.

Kacar, yang memiliki dua ladang bunga matahari yang terletak dengan sepadan Turki dan Greece di Edirne, merasa sedih dengan tidak menjangkakan bahawa tanamannya telah melanda kerugian disebabkan oleh cuaca yang ekstrem pada tahun ini, pada masa yang sama negara tersebut turut terjejas dengan teruk akibat pandemik COVID-19 yang tengah melanda ketika ini.

Ditambah lagi dengan kesan ekonomi yang buruk kesan daripada pandemik, Kacar berkata bahawa tahun ini peladang-peladang bunga matahari di wilayah tersebut turut bergelut menangani cuaca yang sangat panas dan kering, di mana ia telah menjejaskan kualiti dan hasil tanaman mereka.

“Kawasan ini tidak menerima jumlah turunan hujan yang mencukupi semasa musim salji melanda selama berbulan-bulan,” kata Kacar memberitahu Xinhua, sambil menjelaskan bahawa suhu cuaca ekstrem telah menyebabkan tanaman bunga matahari untuk lebih cepat matang dan menyebabkan pengurangan jumlah tanaman.

Dia menjangkakan untuk menuai kira-kira 1.5 tan biji bunga matahari dari kebunnya yang berkeluasan 10,000 meter persegi (kira-kira 2.47 ekar), yang boleh menjana pulangan anggaran sebanyak 5,250 Turki lira (bersamaan kira-kira AS$715).

Peladang-peladang dari wilayah Edirne di sempadan Turki dan Greece, merasa sedih dengan tidak menjangkakan bahawa tanaman mereka telah melanda kerugian disebabkan oleh cuaca yang ekstrem pada tahun ini. – Xinhua

Tahun ini merupakan jumlah terendah harga pasaran bagi biji bunga matahari yang ditentukan oleh institusi negara iaitu dengan 3,240 lira per tan berbanding tahun sebelumnya. – Xinhua

Tahun ini merupakan jumlah terendah harga pasaran bagi biji bunga matahari yang ditentukan oleh institusi negara iaitu dengan 3,240 lira per ton, meningkat daripada 2,500 lira pada tahun 2019.

Sementara itu, kos bagi peladang-peladang di kawasan tersebut telah meningkat dengan ketara berbanding dari tahun sebelumnya ketika harga biji benih, baja dan racun serangga telah dibayar menggunakan duit dolar AS, menurut Kacar.

“Oleh kerana mata wang Turki kehilangan nilainya berbanding dolar AS, wang yang kami belanjakan telah meningkat secara automatik,” katanya.

Kacar berusaha untuk menjual hasil tanamannya di pasar pertukaran komoditi kali ini, di mana jualan secara lelong dengan harapan untuk mendapat sedikit keuntungan iaitu sebanyak 3,500 lira per tan.

Bagi Erdal Akgun, seorang bekas ketua Dewan Pertanian Edirne, tahun ini peladang bunga matahari akan menuai tanaman mereka dalam suasana yang ‘sedih’.

Dia berkata bahawa jumlah turunan hujan yang tidak mencukupi telah menyebabkan tanah tidak subur dan ini menyebabkan bunga matahari tidak dapat menyimpan kandungan air dan ini akan menyebabkan tanaman tersebut kering dan mati.

“Di sini tiada cara lain bagi menangani masalah kemarau selain daripada meningkatkan beberapa cara pengairan, jika tidak peladang-peladang tidak akan mampu untuk bercucuk tanam dan melangsaikan hutang mereka,” Akgun memberitahu siaran berita tempatan, Edirne TV dalam sesi temu bual.

Ladang-ladang di wilayah sempadan itu menghasilkan kira-kira 30 peratus dari keperluan minyak makan di Turki pada tahun 2019.

Sementara itu, jumlah permintaan biji bunga matahari di negara itu telah mencapai sekitar 3 juta tan setahun, menurut Okan Gaytancioglu, wakil Parti Rakyat Republik di Edirne.

Namun, Turki telah menghasilkan 1.95 juta tan biji bunga matahari pada tahun lalu, lebih jauh daripada jumlah permintaan keseluruhan.

Dengan menyebut bahawa pandemik COVID-19 telah menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan mengejut dalam rantaian bekalan makanan, Gaytancioglu telah menyeru pegawai-pegawai kerajaan untuk menyokong dan membantu peladang-peladang bunga matahari dengan dasar harga yang lebih rasional supaya Turki dapat mening-katkan pengeluarannya dan mengurangkan pergantungan pada barang import. – Xinhua